Logo Kumpulan

Logo Kumpulan

Thursday, February 4, 2010

Gambar-Gambar Kenangan Ketika Raya


Monday, December 28, 2009

Perjalanan Kumpulan


Alhamdullilah,pada Hari Raya yang lepas, kumpulan KS80 telah berjaya menganjurkan program lawatan ke beberapa buah negeri di pantai timur.Antara negeri-negeri yang dilawati adalah seperti Kelantan, Terengganu dan juga negara jiran; Thailand.

Idea mengenai lawatan ini di cetuskan oleh saudara Rizal yang mencadangkan agar kumpulan ini dapat memeupuk semangat cintakan tali persaudaraan sesama islam dan seterusnya mempunyai pandangan-pandangan tentang perbezaan antara tempat-tempat yang dilawati dengan negeri sendiri.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti usrah antara tempat ke tempat bertujuan untuk mengenali dengan lebih dekat akan negeri-negeri pantai timur ini disamping mengeratkan lagi tali silaturahim di kalangan ahli.

Tempat-tempat yang kami lawati antaranya adalah:

  • Sungai Golok
  • Masjid Kristal
  • Pasar Siti Khatijah
  • Rumah Tuan Guru Nik Aziz (Menteri Besar Kelantan)
  • Sekolah Pondok di Terengganu
  • dan banyak lagi tempat menarik
Disini kita dapat mengenali dengan lebih dekat budaya-budaya negeri lain dan boleh memerhati dan melihat sendiri perkara-perkara menarik yang menjadi daya tarikan pelancong ke negeri ini seperti makanan, pakaian dan adat-adat orang pantai timur .

Aktiviti yang disertai oleh ahli-ahli kumpulan KS80 mendapat maklumbalas yang menarik di kalangan ahli dan kebayakan ahli mencadangkan agar aktiviti-aktivi seumpama ini akan kerap di laksanakan di masa-masa hadapan.